~Sahabatku Si Tanggang~


~Sahabatku si Tanggang~

::

Dulu kau seorang manusia
seorang ternama, seluruh nusantara
kini kau hanyalah batu

Dulu kau seorang Saudagar,
seorang kaya, ilmu di dada
kini kau hanyalah batu

Si Anak bertanya:
adakah sebab dia derhaka kepada ibunya?

Tidak, lebih daripada tu.

Si Anak bertanya:
adakah sebab die lupa asal-usulnya?

Tidak, Lebih daripada tu

Dulu dia Berlayar,
ke Dunia luar,
menimba ilmu, mencari harta

Dulu die Berlayar,
berjumpa manusia,
lupa tujuan, janji kepadanya

Si anak bertanya:
tujuan dia membawa harta pulang ke?

Tidak, Lebih daripada tu

Si Anak bertanya:
tujuan dia membawa ilmu pulang ke?

Tidak, Lebih daripada tu

Kini Tanggang pulang,
ilmu di dada, harta di disarungnya
"Akulah Tanggang"
orang yang hebat dan berwibawa

dia menjawab..
aku melahirkan kau ke atas muka bumi,
lupakah kamu akan janji dulu?

"Akulah Tanggang"
Orang kaya dan Bijaksana

dia menjawab..
itu semua tiada guna,
aku hanya mahu kamu,
bukannya harta mahupun ilmu.

"Akulah Tanggang"
apakah janjiku dahulu?

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri,: Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: Sesungguhnya kami orang yang lalai tentang (hakikat tauhid) ini” el A’raf (7:172)

iya, dialah Tanggang,
seorang terkemuka dan saksama
tapi dia terlupa
akan Janjinya
dia terlupa
akan Tugasnya

Kerana dia lupa,
jadilah dia seperti batu,
dia bersuara berkali-kali,
tiada yang peduli,
dia merayu-rayu,
tiada yang mengambil tahu

Jadilah dia batu,
yang hina dan sayu

Dialah Si Tanggang,
Dulu dia seorang Perkasa
kini Dia Batu


"Sesungguhnya orang-orang yang memperjualbelikan janji Allah dan Sumpah-sumpah mereka dengan harga murah, mereka itu tidak akan memperoleh bagian di akhirat, Allah tidak akan MENYAPA mereka, tidak akan MEMERHATIKAN mereka pada hari kiamat, dan tidak akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih" (surah 3:77)


4 comments:

pemburu syurga said...

si tanggang oh si tanggang
pelik juga kenapa tajuknya sahabatku?
haha bersahabatlah dengan ibunya!

wa said...

tanggang dan ibunya diibaratkan seperti hamba kepada Allah yg Esa.. bagaimana kita menjaga hubungan dgn Allah? ingatlah.. sekiranya kita mengutamakan urusan dg Allah S.W.T dan menjaga hubungan dgn Allah S.W.T, inysAllah.. Allah akan sentiasa menjaga diri kita.. take care papa shen to yusuf (^_^)

MMuhsin said...

hurm.. haha boleh la.. actlly xde watak ibu tanggang pon dalam crite ni, haha

MMuhsin said...

oho waqi, knapae tajuknya sahabat? sbb tanggang dalam crite ni manusia ar yg belayar ke dunia. sahabt kita ar, saudara sama dari adam. tgk2 kita yg tanggang, haha boleh jadi

 
Copyright © Langit Berada Dibawah