~Kisah Tentang Love~
Pada zaman dahulu.. sebelum P.Ramlee lahir.. hidupnya seorang budak yang bertanya kepada ibunya...
"bonda, bonda.. kenapa kita bercinta ek?"
Ibunya jawab..
"kita bercinta untuk membenarkan kita dan kekasih kita berpusing di pohon-pohon cemara.. mengizinkan kita berguling-guling di taman bunga dan juga membenarkan kita untuk mengelak daripada mengahwini calon suami yang dicari oleh Mak kita.."
Pada zaman sekarang.. hidupnya seorang budak yang bertanya kepada Ibunya..
"Mama mama, kenapa kita bercinta ek?
Ibunya jawab...
"Kita bercinta kerana perasaan itu dikurniakan Allah kepada makhluknya.. itu memang lumrah dan naluri kita, kita tidak boleh halang perasaan itu, cuma yang penting bagaimana kita mengawalnya... ade cinta yang dihalalkan.. iaitu berkahwin dengan cara Islam.. ada yang haram.. sebab itulah kita kene menimba ilmu supaya kita tidak sesat dan sentiasa hidup dengan cara Islam.. ei mama dah lapar ni, jom makan di McD.."
Pada zaman akan datang... Hidupnya seorang budak yang bertanya kepada Ibunya..
"Wei Siti, ko sebagai orang yang melahirkan aku cuba ko terangkan sikit kenapa kita bercinta ek?"
Ibunya jawab..
"Cinta? tak tahu la wei.. aku ngan bapak ko tak sempat bercinta ko dah lahir.. sedar-sedar die dah cabut.. eh? tak..silap.. tu bapak adik ko.. bapak ko aku tak sure ceritanya macam mana... konfius ar ngan cerita bapak kakak ko.. hurmm.. tapi yg penting No Laki No Cry, No Money I'll Cry.."
******
Kenapa Love Best sangat?
bile si die senyum
Dunia terus cerah
Bila si Dia bersuara
Hati terus berdebar
Kenapa LOVE pelik sangat?
Bila dah LOVE kena COUPLE
Kalau nak KAHWIN semua MENGATA
Bila dah KANTOI semua tak SUKA
p/s : sebab tulah ISlam galakkan KAHWIN
Kenapa LOVE Jahat sangat?
Bila confess isi hati dan perasaan
Terus terputus ikatan persahabatan
Dari kawan Baik terus berjauhan
Ade kate 'kekok' Ade kata 'segan'
...Damn U LOVE!! Pulangkan kawan aku!!
*******
Orang kata : "takde kekasih lagi ke?"
Aku kata : "tu la.. hati sunyi dowh.."
Orang kata : "kalo hati sunyi ni maksudnya dalam hati tiada rasa LOVE kat Tuhan, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.."
Aku kata : "Ouch, terasa disitu.. Imaan aku tak cukup kuat ke? camne nak buat ek?"
Orang kata : "Sentiasalah mengingatiNya.. Sesungguhnya Dia lah yang mencipta kita dan hanya Dialah yang Memahami Perasaan kita.. maka Cintailah Dia Semoga Dia mengurniakan Cinta kepada kita.."
Aku kata : "Alhamdulillah.. terima kasih la Orang.. I owe u one.."
Orang kata : "haa,apa lagi.. belanja la"
******
Cinta manusia rasa BAHAGIA
Cinta Allah dapat SYURGA
Kekasih marah boleh REDA
Allah marah... "Selamat datanglah ke NERAKA"
0 comments:
Post a Comment