~Whatever U Think, Think The Opposite~




~"WHATEVER U THINK, THINK THE OPPOSITE"~


::


Si Anak bertanya

Wahai Ibu, Mengapa Hidup ini sangat Derita?
Mengapa Belajar sangat Menyusahkan?
Mengapa Kita seringkali Kecewa dan Hampa?
Apakah Allah mengabaikan kita?

Si Ibu Menjawab

Ya, Hidup ni memang susah, ketika belajar, Stress datang, Ketika Gembira, Kecewa datang, Ketika Lapang, Kesesakan datang
sehinggakan kita selalu terfikir :

"KALAULAH AKU NI GENIUS, TAK PERLULAH SUSAH-SUSAH STUDY"

"KALAULAH AKU AMBIL COURSE YANG SENANG, TAK PAYAHLAH AKU PECAH KEPALA SEKARANG"

"KALAULAH AKU BUAT BEGITU, TENTU TAK AKAN JADI BEGINI"

Kita selalu mengadu bahawa ujian KESUSAHAN ini sangat Berat

Si Anak Berkata

Betul, kenapa Allah tidak bagi Kesenangan saja kepada kita? bukankah kita ni Muslim? Bukankah Kita sembahyang 5 waktu sehari? Kenapa Allah masih ingin menyusahkan Kita?

Si Ibu Menjawab
Ketahuilah wahai Anakku bahawa ALLAH sangat menyayangi kita dan Allah tahu yang apa yang Terbaik untuk kita.

BILA KITA DAPAT UJIAN KESUSAHAN, KETAHUILAH BAHAWA KETIKA ITU UJIAN KESENANGAN KITA TIDAK MAMPU TANGGUNG, MAKA ALLAH BERI KESUSAHAN UNTUK MEMUDAHKAN KITA

and the opposite

Si Anak Kebingungan

Si Ibu Berkata

CONTOHNYA
Jika ketika itu kita sukar menjawab soalan... JANGANLAH MENGADU
kerana ketika itu jika kita mudah menjawab soalan... mungkin perkara yang buruk akan terjadi, mungkin kita akan BONGKAK, RIAK, TIDAK BERSYUKUR dan hati kita tidak mampu menanggung penyakit-penyakit itu maka Allah beri kesusahan kepada kita supaya kita terelak daripada Dosa dan kita sentiasa Ingat dan Bergantung KepadaNya

CONTOHNYA
Jika ketika itu kita baca tetapi susah untuk ingat... JANGANLAH MENGADU
Kerana ketika itu jika kita mudah ingat... mungkin Ujian yang lebih berat akan menimpa, mungkin kita akan rasa MALAS, nak study LAST MINUTE sebab kita rasa hebat, maka Allah beri kesusahan kepada kita supaya kita lebih kuat berusaha dan mulakan study awal

CONTOHNYA
Jika ketika itu kita merasa Hampa... JANGANLAH MENGADU
kerana ketika itu jika kita Gembira ... mungkin perkara yang lebih teruk akan berlaku, mungkin kita akan lalai dan melupakan Allah kerana ingatkan KESERONOKAN DUNIA
dan jika ketika itu Nyawa kita ditarik, nescaya kita Mati dengan keadaan Lupa kepada Pencipta

"Setiap yang bernyawa akan merasakan Mati. Kami akan menguji kamu dengan KEBAIKAN dan KEBURUKAN sebagai COBAAN, dan kamu dikembalikan hanya kepada Kami"
(Al-Anbiya : 35)

menunjukkan ujian ni bukan sahaja datang dalam bentuk Kesusahan tapi juga Kesenangan,
tapi kita juga perlu ingat!

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan KESANGGUPANNYA"
(Al-Baqarah : 286)

Menunjukkan KESUSAHAN-KESUSAHAN yang kita hadapi adalah ringan berbanding jikalau Allah meletakkan KESENANGAN ketika itu

"....tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-baqarah: 216)

Ketahuilah jika kita merasa Derita, Kesenangan ketika itu akan lebih MENYUSAHKAN

Ketahuilah jika kita merasa Sesak, Kelapangan ketika itu akan lebih MEMUDARATKAN

Ketahuilah jika kita merasa Kecewa, Kegembiraan ketika itu akan lebih MERBAHAYAKAN

And the Opposite...


Maka Bersyukurlah dengan ketetapan Allah
kerana Allah sentiasa berikan apa yang Terbaik kepada kita,
kerana setiap yang terjadi adalah pengajaran supaya kita boleh memperbaiki diri kita
kerana setiap KESUSAHAN DAN KESENANGAN adalah ujian untuk manusia
supaya kita dapat menggapai Syurga dan jauh dari Neraka

..Sekiranya kita faham

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu.
mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang(dengan pelbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "adakah akan datang pertolongan Allah?"
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat
(Al-Baqarah : 214)

8 comments:

pemburu syurga said...

"Sungguh kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah" (Al-Balad; 4)

"Maka adapun manusia, apabila Tuhan mengujiNya lalu memuliakannya dan memberikannya kesenangan, maka dia berkata; Tuhanku telah menghinaku. Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya, maka dia berkata; Tuhanku telah menghinaku."
(Al-Fajr; 15-16)

"Manusia diciptakan (bersifat) tergesa-gesa. Kelak akan aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaan) Ku. Maka janganlah kamu meminta Aku menyegerakannya."
(Al-Anbiya'; 37)

ps; manusia sering salahkan Allah bila ditimpa musibah kerana sifat gopoh mereka, sedangkan kesenangan dan kesusahan itu kedua-duanya hanyalah ujian daripada Allah semata. terbaik sen, keep it up!

ainstein said...

it hits the spot! jazakallah for the post. semoga menjadi da'iy yang will motivate others to understand!

hishammahir said...

:)))))))))))))))))))

like like

go go muhsin~..

ReSaH said...

best2...
:)

Tp abg waqi..
ada typo sket kot?
:)

Al-Fajr ayt 15 tu, kan "fayaqulu rabbi akraman"
~tuhanku telah memuliakan aku~
kan?
:)

Amir Aiman said...

mantap la abang stylo!

MMuhsin said...

"Manusia diciptakan (bersifat) tergesa-gesa. Kelak akan aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaan) Ku. Maka janganlah kamu meminta Aku menyegerakannya."
(Al-Anbiya'; 37)

<< ayat feveret, thnx waqi

btw thnx gak yg lain, insyaallah akan cube tingkatkan lagi n improve

wa said...

just a perfect time! tetibe tak jadi nak benti keje.. thanx shin

abd rahman said...

Life is imperfect. What perfected life is SYUKUR and SABAR

 
Copyright © Langit Berada Dibawah