~Duniaku Mudah Pecah~



~Duniaku Mudah Pecah~

::

Orang kata.. kite ni Juara
dulu kita berlumba,
dengan jutaan saudara,
mengejar tujuan yang sama,
untuk menjadi manusia,
iya, kita ni Juara,

orang kata... kita ni Juara
dulu kita berlumba,
dengan jutaan manusia,
mengejar tujuan yang sama,
untuk berjaya, untuk menjadi kaya,
iya, kita ni Juara.

Kita pula bertanya.. Apa tu Juara?
adakah berada diatas pemandangan Manusia?
atau berada dibawah naunganNya?

Ape tu Juara?
adakah menjadi Manusia paling kehadapan,
dari segi fesyen, gaya dan isu semasa?
atau dibelakang, menolak, menahan Manusia
dari jurang kemurkaanNya?

Apa tu Juara?
adakah menjadi Manusia paling bebas dan bahagia?
atau menjadi Hamba yang diredhaiNya?

Apa tu Juara?
adakah dapat menggenggam Dunia?
atau mencapai arasyNya?

Orang kata.. Dunia ni sementara
kita lahir, makan, cari duit, berak lalu meninggal dunia
makan-makan, diebetes tiba
jalan-jalan, Bas terbabas menyapa
duduk dirumah, mak bersuara
"woi, g kemas bilik tu!!!"
terkejut, jantung berhenti tiba-tiba
iya, Dunia memang sementara

Duniaku mudah pecah,
bagaikan buih berterbangan,
kecil dan lemah,
bila pecah ~hilanglah ia,
bila pecah ~dilupailah ia
maka isilah ia,
dengan asap-asap warna,
bia pecah,
tepulah udara
supaya manusia dapat melihat
kepulan asap-asap yg memikat mata,

Inilah tanggungjawab kita,
sebelum buih pecah,
pikatlah manusia
dengan warna
kerana orang kata..
Kita ni Juara..
Iya, Kita ni Juara..
tapi sampai Bila?
Dunia ini sementara
maka bangkitlah
ini bukan tempat berkelah
kerna Dunia mudah Pecah.

1 comments:

pemburu syurga said...

mantap sen! walopon trauma bahasa melayu kena hentam ngan ko haha;)

 
Copyright © Langit Berada Dibawah