"Haa tau pon Unta lagi hebat dari kamu.. dengan input sedikit kami boleh hasilkan output yang besar~
hebatkan?~ hah? tak tahu? tak baca pasal MANJA lagi ke?
tau tak.. Kami ni dah la hebat, besar, Kuat.. tapi.. kami mampu merendahkan diri kami bila manusia perlukan kami.
kanak-kanak ingin tunggang kami?.. Boleh~
Kanak-kanak nak melatih dan membentuk kami?... Boleh~
ni gambar pakcik masa zaman muda-muda~
sedangkan.. Kami boleh je tendang manusia-manusia ni.. nak rentas padang pasir? jalan sendiri ar.. ada kaki kan? huhu Astaghfirullahalazim...
T.E.T.A.P.I
Kami tak buat begitu.. sebab kami memang hidup untuk memberi, kerana EGO bukanlah sifat kami.
ish ish ish.. manusia... kamu ni takde pape pun sebenarnye.. tapi rasa seluruh Dunia tunduk kat kau (the world revolve around u)
mari Let me tell u a story~
" zaman dulu-dulu.. ade ar sorang pakcik ni yang hidup di kawasan yang terpencil dikelilingi gurun-gurun.. nama die Abu Lahab.. mitos nye keturunan aku mmg dari unta ternakan puak Abu Lahab.. tapi wallahualam~
Abu Lahab ni orang besar ar kat tempat dia dulu.. digeruni, dihormati disebabkan kedudukannya dalam masyarakat
then datang la sorang Manusia yang Mulia ni, Muhammad namanya. dia datang dengan bawak satu revolusi yang menggemparkan seluruh penduduk kota Abu Lahab (Muhammad pon penduduk kota ni)
Muhammad yang asalnya dikenali sebagai orang yg paling jujur, "al-amin" apabila berkata tentang berita yang disampaikan oleh Allah.. terus dimaki oleh Abu Lahab.
"Celakalah kamu Muhammad, kerana ini kamu mengumpulkan Kami?"
disebabkan ego dan sifat takabur, seorang yang arif dalam hal ehwal masyarakat dan agama nenek moyang, langsung tidak ingin mendengar apa-apa yang berlainan dari yang diketahuinya.
maka turunlah ayat
" Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan Binasa" (Al-masad)
*******************
kriik kriik...
get the story?
sama la manusia ni.. disebabkan Kamu rasa kita sudah cukup dengan ape yg Kamu ada. disebabkan Kita sudah biasa dengan kedudukan Kamu.. maka apabila ada seseorang yang datang untuk memberi nasihat dan pandangan.. Kamu dengan pantasnya menjadi IKAN BUNTAL.
Ermm... I mean.. dengan pantasnye Manusia masuk DEFENSIVE MODE.. mencari alasan, menuding jari..
sebelum kamu Muhasabah, mencari apekah kelemahan diri, kamu terus memarahi dan memaki.. sebab kita mengembung diri, maka sakitlah orang disekeliling terkene duri..........
(lets forget about Ikan Buntal)
so begitulah sahabatku, manusia..
sebenarnya KITA ni makhluk juga..
yang dicipta, yang dimiliki.. oleh Tuan Kita yang maha Esa.
Syurga dan Neraka sudah ada.
tiada guna Kita berbangga-bangga
kerana akhirnya semuanya akan tiada
Yang kekal, hanyalah di Sana, di sisiNya.
yang Hebat, hanyalah di Sana, di sisiNya.
jadi tidak perlu merasa bangga
selagi Kaki Kita dalam Neraka
Selagi Kita tidak didalam Syurga.
Selagi Allah tidak mencintai Kita.
Rasulullah S.A.W. pernah bersabda; "Tidak akan masuk Syurga seseorang yang di dalam hatinya masih terdapat satu zarah dari sifat sombong." - Hadis Riwayat Muslim.
.back to main post