Dengan penuh selambernye Si Pakcik Unta berkata
"Kau ni Manusia... ko tau tak, aku(unta) ni dah la senang nak dijaga, low maintanence tapi aku mampu beri berbagai manfaat kat Tuan aku dan orang lain....
Nak aku angkut barang-barang hingga 200kg?... Boleh~
Nak aku angkut korang merentas padang pasir?.... Boleh~
Nak aku supply susu untuk korang minum?... Boleh~
Nak aku gerakkan kincir air?... Boleh~
Yang aku mintak.. makanan basic dan air.. tak perlu food supplement ape-ape pun. Musim Hujan? takpe, ade rumput dan daun-daun aku boleh makan. Musim kemarau? takpe, ade kaktus berduri aku boleh makan.
Kamu manusia bagaimana pula? macam-macam kamu minta dari Tuan.. Kesihatan, kekayaan, kebahagiaan, duit, keberkatan exam, kerjaya, dan berbagai lagi kamu Doa..
tapi..
ape yang kamu korbankan?
ape yang kamu berikan?
ape yang kamu tegakkan?
masa, harta dan Jiwa? no no no... mane leh berikan untuk Tuhan..
Ibadah? erm... tak cukup masa ar..
Melawan nafsu? erm... tak sanggup ar.. seronok kot
Dakwah? erm... takpe ar.. aku ade cita-cita.. nak kejar kerjaya.. cukup ar.. bagi la orang lain yang taknak kejar Dunia sangat... *senyum*
yup.. tulah manusia.. cost untuk maintanence sangat lah sukar.
Nak susah sedikit... tak boleh~
Nak infaq sikit... tak boleh~
Nak berkorban sikit.. tak boleh~
sedangkan Allah telah berikan segalanya. tetapi perintah Allah pon tak mampu Kamu laksanakan. Pelbagai alasan yang diberi
yang kamu fikirkan.. hanyalah KESELESAAN DAN KESORONOKAN.
kalaulah Allah berkira dengan manusia.. pasti tidak berbaloi dengan bayaran yang diberi.. untuk kerja yang manusia lakukan kini.
M.U.L.I.A ?
tu patut ditujukan kepada kami, Unta kot?
"kamu (umat islam) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah.."
(Ali imran 110)