keMatian yang mengHidupkan : Setelah gugurnya seorang anak Abd Rahman




**********

KeMatian yang mengHidupkan

 *************


Once upon a time. ada seorang Ghulam (pemuda).
Yang mati dibunuh Sang Raja yang tidak mahu kalimah tauhid ditegakkan.


Setelah berkali-kali cubaan membunuh yang gagal,
Ghulam pun menghadap sang Raja bila pengikut-pengikut
Raja yang dihantar dibinasakan oleh Allah.


Raja bertanya : Apa yang tejadi dengan pengikut-pengikutku?"

"Allah menjaga Aku dari mereka."
lalu Ghulam berkata :
"Wahai Raja, kamu tidak akan dapat membunuhku sehingga engkau melakukan apa yang aku perintahkan. Jika engkau melakukan apa yang aku perintahkan maka engkau akan dapat membunuhku. Jika tidak, engkau tidak akan mampu membunuhku

Raja pelik : "Perintah apa?"

Ghulam menjawab :
" Kumpulkanlah orang-orang di satu padang yang luas, lalu saliblah aku di sebatang pohon. setelah itu ambillah anak panah dari bekas panahku, lalu ucapkan ;

Bismillahi Rabbil ghulam ( Dengan nama Allah, tuhan Ghulam)

Maka Raja pun memanahnya dan anak panah itu tepat mengenai cuping telinganya.
Ghulam pun meletakkan tangan di bahagian terkena panah lalu meninggal dunia.

Maka orang-orang berkata:
"Kami beriman kepada tuhan Ghulam! Kami beriman kepada tuhan Ghulam!"

Lalu dikatakan kepada Raja:
" Tahukah tuan, sesuatu yang selama ini tuan takutkan? kini sesuatu itu telah tiba, semua orang telah beriman"


Itulah Ghulam.
Kematiannya membawa makna.
Perginya dia, membawa beribu manusia ke Syurga.



***********************
Tahun ni aku menyaksikan peristiwa Ghulam.

semenjak beberapa hari yang lepas,
Banyaknya post-post facebook, blog-blog yang menangisi dan bercerita tentang seorang insan
yang hebat. 
seorang manusia yang telah menyentuh ramai hati-hati manusia disekelilingnya.


Samada orang yang mengenali, atau tidak mengenali, ramai orang yang merasai permergian beliau.


Ikhwahku, rakan seperjuanganku telah Syahid meninggalkan aku.

Muhammad Nur Iman Shafiq Bin Abd Rahman
(1989 - 2013)

******



Dulu Iman pernah cakap :
"Muhsin, bapak aku pun Abd Rahman gak, cuma dia dah meninggal ar masa aku kecik-kecik dulu.
Kita ni kira adik beradik la kan? heh heh”


Ya, kita ni adik beradik. sayangnya aku kat kau sebagaimana sayangnya kau kat aku.


Iman selalu cakap :

“Aku sayang kat ko muhsin, Kita punya perjalanan hidup lebih kurang sama jek, aku tau ape yang ko rasa dan fikir, dan aku tau ko tau apa yang aku rasa dan fikir. sebab kita ni orang yang serupa.”

heh. aku hanya mampu tersenyum. 
gembiranya rasa kerana tahu ada orang yang sama dengan Kita di atas jalan dakwah ni.

…......
…...

Kini Jalan Dakwah dan Tarbiyyah terasa sunyi
terasa separuh diriku telah tiada lagi.

…....
….
........

Tapi Iman.. 

Sebenarnya manalah mungkin Kita orang yang serupa, 
kerana kau adalah orang yang dicintai Allah dan RasulNya, 
dan kau disayangi oleh orang-orang yang beriman.
kau adalah syuhada’

**************


Iman..

Sesungguhnya kau telah meletakkan beban yang besar kepada Ikhwah-ikhwah kau yang masih hidup.


Lpas ni macam mana lah kitorang nak futur dari Jalan Dakwah?

sedangkan kau syahid dan sedang menikmati Syurga?



Lepas ni macam manalah kitorang nak bermain-main dalam berdakwah, bermalas-malasan dalam mentarbiyyah?

sedangkan ratusan manusia menangisi dan menjadi saksi semangat dan kuatnya kau berdakwah untuk menyebarkan Islam dan mengubah manusia?


Iman..

Kau telah menutup segala ruang alasan untuk Ikhwah-ikhwah kau untuk tidak all-out.
Kau telah meletakkan standard yang tinggi untuk dikejar oleh kami yang masih hidup dan berjuang.


Akhirnya aku faham...

Mengapa Allah mengambil kau pergi.
Sedangkan kurangnya tenaga di medan-medan dakwah di sana.

Iman.

Kematian kau bukanlah bermaksud kurangnya seorang pendakwah!
tetapi kematian kau bermaksud akan lahirnya ratusan pejuang dan Qaedah Sulbah.

Kematian kau bukanlah bermaksud akan lambatnya gerak kerja Dakwah
tetapi kematian kau bermaksud akan lebih kuat dan lajulah para pendakwah

Kematian kau bukanlah bermaksud ruginya Jalan Dakwah!
tetapi kematian kau akan membawa rahmat dan nikmat kepada seluruh ummah


Kerana kematian kau membuatkan ikhwah-ikhwah sekeliling kau dan 
mutarabi-mutarabbi tidak mampu untuk berdiam diri.

aku yakin mereka akan bangkit dan menjadi seorang Daie yang lebih kuat dari sebelum ini.
Untuk mentarbiyyah manusia dan membawa Islam ke puncak Dunia.


kerana Kisah hidup kau akan membawa inspirasi dan semangat!
kepada kami dan generasi selepas ini.


Kematian kau bukanlah meninggalkan lompong-lompong.!
tetapi kematian kau membekalkan kekuatan dan Roh kepada yang masih hidup.

Iman.

Istimewanya engkau,
Allah telah memilih engkau untuk menjadi pencetus api kesedaran dan semangat dikalangan manusia dan pendakwah.

Engkaulah ghulam.

Yang kematiannya menumbuhkan benih-benih Islam dan iman

Yang kematiannya akan membawa pengislahan

Dan perubahan

Itulah KeMatian yang MengHidupkan.



****************


Semoga Allah merahmati dan menempatkan kau di tempat yang tertinggi di sisiNya.

Rindunya aku kepada kau, ikhwahku yang mendahului aku dalam Dua Kebaikan.

Terlebih dahulu menyertai gerabak Dakwah dan Tarbiyyah,

Dan terlebih dahulu Syahid di JalanNya.


*******************

"Dakwah dan Tarbiyyah adalah nadiku, mana mungkin aku hidup tanpanya"
-Muhammad N I S Abd Rahman-


Aku menjadi saksi, sememangnya Dakwah dan Tarbiyyah telah menjadi nadi kehidupan engkau.

Your brother,

Muhammad M Abd Rahman.








3 comments:

Anonymous said...

what a beautiful story to be shared with others

m-muhsin said...

Jazakallahukhair.

semoga kisah hidup Iman dapat didengari oleh semua.

Anonymous said...

Assalamualaikum .

coretan yang begitu menyentuh hati.. Allahuakhbar .
titis-titis air mata mengalir membaca satu persatu bait-bait kata yang ditulis.

Iman kisah mu, tersebar luas. Inilah pemuda yang kita mahukan, bahkan harus ramai lagi.
Ya, kematian yang menghidupkan . menghidupkan jiwa2 para pemuda di luar sana!

walaupun sebanyak mana sayangnya kita pada arwah, jangan lupa Allah lebih menyayanginya.
tidak pernah bersua muka, jauh sekali mengenali. Aura persaudaraan itu lebih utuh.
kisah mu, membuatkan banyak hati-hati terbuka .
Doa, ku kirim buat mu. Moga Allah redha .
Al-fatihah

 
Copyright © Langit Berada Dibawah