
Don't Be That Friend

Wink!~ Apabila Si Pakcik Unta kata kau..

Pernahkah Kita tertanya.. kenapa Kita dilahirkan sebagai Manusia? Dan bukannya Unta?
Unta? My gawd~ that is sooo disgusting~ dah la huduh, Minatang lak tuh.. ko tau tak manusia ni adalah semulia2 makhluk? Sempurna, ada akal yg power, malah akan diangkat darjatnya oleh pencipta Kita. Woohoo!!~ Im soo going to the Heaven
Pernahkah Kita tertanya.. Kenapa Kita dilahirkan sebagai Manusia? Yang dianggap M.U.L.I.A?
Kriik kriik~ fruuuh fruuuh~
Erm.. sebab manusia…ada akal? Tak cam unta sbb minatang hanya ada nafsu (pendidikan Islam SPM) ?
Pernahkah Kita tertanya.. Sejak Bila kita menjadi begitu angkuh, sehingga Kita dengan bangganya mengatakan Kita mulia.. sedangkan Unta lebih hebat dari Kita.
Ya Kerana Kita manusia, yang selalu terlupa, maka dijadikan Unta, untuk mengajarnya.
Belajarlah dari Unta, sebelum Kita terleka.
Pernahkah Kita tertanya.. apabila Si Pakcik Unta berkata :

atau apabila si pakcik Unta berkata :


~ You Raised Me UP ~

~ Bobosan ~

"Haih.. bosan ar ko ni.. anti social btol, dah ar susah nak contact ko~"
***Fruuh fruuh fruuh ****
Betul, begitu mudah sekali kita merasa bosan dengan manusia. Kenapa? Sebab kita memang dicipta untuk bergembira, untuk bersukaria, untuk memuaskan nafsu dan bergelak ketawa.
Hah? Aku gila? Eih btol ar! Manusia memang dicipta untuk have fun ar.. haa? Whaat? Dua Tujuan hidup manusia? Ubudiyah dan khalifah? Ooo yang tu… jap.. *belek2 Quran*. U mean ayat ni ek?
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku” (az-zariyat: 56)
“Dan ingatlah ketika Allah befirman kepada para malaikat, “Aku hendak menjadikan Khalifah di bumi”… “ (al-baqarah :30)
Ermm…ermmm.. well.. ni quran jek.. lek ar, kit baca cukup ar kan? takyah ar amik ape yg die suruh, baca pon dapat pahala ar.
Alahai.. gile BOBOSAN (tersangat bosan) ko ni, tak sporting langsung,pemikiran tak terbuka langsung! Sikit-sikit nak ikut Quran, hadith ar, tu agama jek, gile no life dowh~
Yup, begitu mudah sekali kita merasa bosan dengan manusia. Kenapa? Kerana dia tidak menepati citarasa kita, tak sekepala, tak memberi ape yg kita nak. Tak fun langsung, kalo aku gi cari org lain mesti hidup lagi happening.. kan?kan kan kan?
Kalaulah begitu… tidak ke kita rasa yang sebenarnya kita ni bosan dimata Allah?
Dah berjela-jela suruhan Allah dalam Quran.. Kita ignore
Dah bermacam-macam nikmat dan support Allah beri.. Kita ignore
Dan berkali-kali panggilan Allah kepada hambaNya.. kita ignore
Tidakkah kita ni membosankan? Allah mencipta kita untuk menjadi hambaNya yang abdi, Menjadi orang yang menegakkan agamaNya dimuka bumi.. tapi kita tak sporting. Pemikiran kita tak terbuka langsung. Sedangkan hambaNya yang lain membuka visi mereka mengejar Syurga yang kekal abadi, kita mengecilkan mata kita dengan syurga di dunia.. tidakkah kita ni membosankan?
Bila ada keseronokan, ada kegembiraan, ada kebahagiaan yang Allah sediakan di Akhirat nanti.. kita ignore.. dengan mengejar keseronokan dan kebahagiaan yang tak seberapa pun di dunia.. tidakkah kita ni membosankan? Tak happening langsung, alang-alang nak enjoy, enjoy ar puas-puas. Yup, di Syurga nanti.
Siapakah sebenarnya kita di mata Ilahi? Kita sangkakan kita orang hebat, kita sangkakan kita ternama, tapi sebenarnya kita tidak ada ape2, di mataNya. Kewujudan kita, ada atau tak, tak memberi kesan sikitpun untuk Islam, yup agama Allah, yang manusia perlu tegakkan di dunia.
Adakah kita mahu pabila kita pulang kepadaNya, Allah berkata. “wahai Tanah, ape yang telah kau lakukan untuk agamaku?” kita menjawab..”tiada ape-apa Tuhanku”
Pasti ketika itu, Allah bosan gila ngan kita. Tanpa memandang hambaNya yang hina, Dia mencampak kita ke neraka, kenapa? Kerana kita tidak layak masuk Syurga, kenapa? Kerana kita ni membosankan. Kenapa? Kerana kewujudan kita, tidak memberi signifikasi pun kepadaNya. Yup, kerana manusia hanyalah mulia, jika menjalankan tujuan hidupnya.
******
“Kalau Allah menhendaki, nescaya dimusnahkan-Nya kamu semua wahai manusia! Kemudian Dia datangkan (umat) yang lain (sebagai penggantimu). Dan Allah mahakuasa berbuat demikian.” (an-nisa :133)
~Habil dan Qabil~

Kuakk kuakk~
Bunyi gagak sayup kedengaran.. memecahkan kesunyian
Di sebalik kegelapan itu, seorang remaja sedang menghayun cangkulnya mengorek tanah.
Mukanya terlihat bibit-bibit gelisah, umpama ketakutan.
Setelah selesai membuat lubang, pemuda tersebut pun menghumban sekujur mayat lalu menimbusnya.
Kini tugasnya sudah selesai. Kini halangannya sudah tiada lagi. Maka hilanglah kegelisahan, tiada lagi ketakutan.
Inilah Kisah tentang dua bersaudara~
HABIL DAN QABIL
***********
Bukankah telah diceritakan Kisah ini berulang kali sejak kita kecil lagi?
Tapi sering kali kita lupa tentang nasib dua beradik ini.
Adakah Kita lupa ketika mana Allah menyeru Habil dan Qabil
supaya mempersembahkan bahan korban untukNya
apakah jawapan yang diberi mereka?
Maka dibawa oleh seorang saudara seekor kambing.
Gemuk badannya, hebat bulunya,
sangat dicintai tuannya.
Maka dibawa oleh seorang saudara hasil tanaman.
Buruk hasilnya, busuk baunya,
ia hanyalah sisa-sisa dan lebihan.
Adakah kita lupa Korban manakah yang diterima?
Adakah Kita lupa korban mana yang dibenci?
Maka siapakah Kita?
Bukankah telah diceritakan Kisah ini berulang kali sejak kita kecil lagi?
Tapi sering kali kita lupa tentang nasib dua beradik ini.
Adakah Kita Habil?
Yang memberikan masa hidup kita untuk Islam?
Yang mengorbankan masa remaja yang berharga untuk dakwah?
Yang mengorbankan jiwa dan harta Kita hanya untuk Allah?
Atau adakah kita Qabil?
Yang ketika mana diseru untuk dakwah
Kita memberikan masa yang sisa
Yang ketika mana diseru untuk infak
Kita tidak sanggup untuk memberi
Ya, Kita Qabil!
Pengorbanan is not our middle name.
And Ego is our soulmate
Apa tu agama?
Itu hanya untuk orang tua.
Ini masa remaja
Bukankah rugi jika tidak berfoya-foya.
Dakwah?
Besar bebanannya.
Ini duit aku
Ini masa aku
Ini hidup aku
Yang aku cintai
Kebangkitan Islam?
Bagi org lain la kot
Aku ada cita-cita
Yang aku idamkan
Nanti Islam dah tertegak
Aku sumbang la sedikit sebanyak
Kita idamkan Kehidupan Dunia
Maka Kita sanggup korbankan segalanya
malah sanggup korbankan agama
Tapi mengapa Bila mengidamkan Syurga
Segalanya menjadi tanda Tanya
Yang kita berikan hanya sisa-sisa
Yang kita berikan hanya yang Kita tidak suka
Inilah Kita
Yang menyangka
Habil itu Kita
Tapi rupanya
Kita adalah saudaranya
Kerana dalam Hati ini..
Dunia lebih berharga dari Syurga
Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
(At-taubah : 24)
~ Bad cops Good Cops ~

~Humpty Dumpty~



Humpty Dumpty had a Great Fall.
Couldn't put Humpty together again~



