2

~ Bad cops Good Cops ~


~Bad cops, Good cops~
****
~~Rrooar~ frrrruhh~~
Angin Taufan bertiup kencang
Umpama Raksasa, menghancurkan harta-harta.
Bunyi jeritan disana-sini.
Ngeri.

Di atas Pohon itu,
Sang Monyet kental memeluk,
Tidak terusik sedikit pun ketabahan dia untuk menyelamatkan nyawa.
Sang monyet berpaut pada pokok, si Anak monyet di Pangkuannya.

Si anak monyet bertanya :
Wahai ibu, kenapa begitu Kuat sekali Pegangan ibu?

Sang Monyet menjawab:
Kerana Jika aku melonggarkan sedikitpun Pautan aku ni,
Nescaya terterbanglah Kita
dan hanyutlah Kita, dibawa angin yang mencelakakan
Kerana Jika aku melonggarkan sedikitpun Pelukan aku ini,
Nescaya terlepaslah engkau,
Anakku, Rahmat dari Tuhan

***
Kemudian berakhirlah Taufan.
***

Hari kembali tenang
Sang Monyet menangis, bersyukur..kemudian tertawa.
Haha! Hari taufan telah berlalu
Kita terselamat kerana kuatnya aku

Fruuuhh~~ fruuh~~
Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa
Meniup leher sang monyet, lembut.
Sang monyet berasa sangat selesa.
Maka terbukalah Pautan
Terungkailah Pegangan

……

Di bawah Pohon itu.. terlihatlah dua Bangkai
Sang Monyet dan anaknya.

…..

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
(Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w)

***

Janganlah tertipu dengan helah syaitan
Good cop bad cop
Dilihatkan kepada kita dosa-dosa manusia yang dasyat
Sehinggakan Kita merasa selesa dengan dosa yang dibuat

Dilihatkan kepada kita kedasyatan kemiskinan dan teruknya keadaan umat
Sehinggakan Kita merasa bangga mencampuradukkan Islam dengan kebatilan

Kita takut dipinggirkan
Kita takut kehilangan dunia yang nikmat
Sehinggakan Kita sanggup membelakangkan Al-Quran

Ketika itulah Syaitan berkata
“Aku telah mencapai kemenangan”

“Dan (ingatlah) ketika Syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) Mereka dan mengatakan, “tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu pada hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu” maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat, Syaitan balik ke belakang seraya berkata, Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat lihat; sesunggunya Aku sangat takut kepada Allah.” Allah sangat keras siksa-Nya
(al-anfal : 48)
1

~Humpty Dumpty~





image taken from wikipedia
~Humpty Dumpty, Si Telur Di Jalan Tengah~


*******
~Tu tudu tudududu~
~Hum hum humhumhum~
~La la la lalala~

Si Telur menyanyi kegembiraan
Tidak ke kiri, Tidak ke Kanan
Tapi di atas Dinding yang memisahkan

Si Anak bertanya :
“Mengapa tidak Ke kiri si Telur?
Si Telur menjawab :
“Sangat indah Jalan itu,
di situ ada Istana ; Megah binaanya,
di situ ada Kebun-kebun ; Ranum buahannya
Disitu ada Manusia ; Gembira mukanya
Berpesta, melupakan segala2nya
Tapi aku tahu, Bencana akan datang
Pasti habis semua,
Ditelannya
Dan aku tahu, Tuan aku tidak benarkannya"

Si Anak bertanya :
"Mengapa tidak ke Kanan Si Telur?"
Si Telur Menjawab :
"Sangat jauh Jalan itu,
Di situ ada Istana; Diatas bukit, nun disana
Disitu ada Kebun-kebun ; Hebat, tapi tidak terbukti didepan mata
Di situ ada Manusia ; Muka menderita
Menangis, merangkak ke sana
Tapi aku tahu, disitu tiada Bencana
Pasti Bahagia selama2nya
Dan aku tahu, Disitu lebih baik dari yang sana."

Bukankah Bagus Dinding ini,
Aku di Tengah, diantara Jalan

Pemandangan di Kiri
Aku nikmati
Pemandangan di Kanan
Aku Hayati

Haha, akulah Si Telur!
Sangat bijak dalam pemikiran
Tidakkah orang lain berfikir?

Aku tidak melupakan yang Kanan
dalam aku menikmati yang Kiri

Mengapa mahu mengorbankan semuanya untuk ke Kanan?
Susah, derita, dipulaukan, pelik, dibenci, dicaci.

Duduklah atas Dinding.
Orang Kiri tidak benci aku
Orang kanan berkawan dengan aku

Haha akulah Si Telur
Sangat hebat dalam percaturan
Kerana aku dapat “ Best of both Worlds”
Lalu angin kencang bertiup
Menolak Si telur
Splatt!!
...................
.......
..
Ya.. Dialah Si Telur..
Disangkakan dia hebat
Disangkakan Dindinglah penyelamat

Tapi Dia Lupa,
Dia hanyalah telur.
Diluar Nampaknya kuat
Diluar nampaknya hebat
Tapi Dia hanyalah telur, yang lemah,
Pabila jatuh, ia pecah

image taken from fugly.com

Maka datanglah Raja-raja, kenal-kenalan, saudara mara,

Datang ingin mencantumkannya semula

Harta diguna semua, tapi tiada guna
Kerana Dia adalah telur..
apabila pecah, siapa yg dapat menyelamatkannya?
....

Sesungguhnya orang yang ingkar kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan bermaksud membeda-bedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasulNya, dengan mengatakan, “ Kami beriman kepada sebahagian, dan kami mengingkari sebahagian (yang lain),” serta bermaksud mengambil JALAN TENGAH”
Merekalah orang-orang kafir sebenarnya,
dan kami sediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan”
(an-nisa :150-151)

"wahai orang-orang Beriman! Masuklah kedalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah Syaitan, Sungguh ia musuh nyata bagimu
(al-baqarah : 208)

image taken from http://tioandria.deviantart.com


~Humpty Dumpty sat on a Wall,
Humpty Dumpty had a Great Fall.
All the King's horses and all the King's men
Couldn't put Humpty together again~

.....

1

~ Kertas Dinding ~



~Kertas Dinding~

::

salam,

thnx to sesiapa yg baca2 blog ni, so aku baru je update flickr
click je link "Free Wallpaper" kat side collumn tu, and korang leh tengok wallpaper2 yg ingin dikongsi bersama.

so feel free untuk download, simpan and sebarkan
insyaallah

Preview


Full collection click here


6

~Dunia Silap Mata~

~Dunia Silap Mata~


::


And so he said the Magic Words

"Abra Kadabra"

Syiling ditangan lesap

Kain bertukar warna

Maka tertipulah mata manusia
dengan Ahli Silap Mata

Tetapi manusia hanya terima
malah kagum dan memuja

mereka bersorak.
mereka meminta-minta
untuk pertunjukan seterusnya

****

Berkatalah Ahli Silap Mata
"Jika mahu Kebahagiaan, hiduplah dengan penuh gembira, hidup hanya sekali"

And he said The Magic Words

"Buanglah Agama, kerana ia hanya menyusahkan"

terciptalah satu dunia
umat Islam mementingkan Dunia
bila ditegur, mereka marah berkata

"agama menyekat aku, ini hidup aku, sukahati aku lah"

Maka Allah tidak lagi berkuasa, mereka ingin menjadi tuhan, yang menentukan takdir dan ketentuan
Dengan itu tertipulah manusia


Berkata lagi Ahli Silap Mata
"Kejarlah kekayaan dan kejayaan didunia, kuatkanlah network dengan cara apa sekalipun, kerana jika menjaga pergaulan, bagaimana nak adapt dalam dunia bekerja?"

and he said the Magic Words

"Bergaullah dengan bebas, lelaki dan perempuan, jadikanlah dunia sebagai matlamat, abaikanlah akhirat"

maka terciptalah dunia
dimana islam hanyalah fahaman
bukan lagi kurniaan Tuhan
"berpada-padalah dengan agama, jangan sampai ganggu pelajaran, ganggu pekerjaan, ganggu masa depan"

Hilanglah dunia
Dimana manusia berkata
"berpada-padalah mengejar Dunia, jangan sampai ganggu masa beribadah, masa untuk Allah"

*****

Selama ni manusia Tertipu
dengan Mata mereka

mereka nampak apa yg didunia
lalu mengabaikan Syurga yang kekal selamanya

mereka percaya kepada kehebatan Kerjaya
tetapi Lupa Rezki datang dari Tuhan

mereka gementar dengan kemiskinan didunia
tetapi tidak takut dengan seksaan api Neraka

maka terbahak-bahak lah Iblis dan Syaitan Ketawa


"Selamat Datang ke Dunia Silap Mata"

"(Syaitan) memberikan janji-janji kepada mereka dan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka, padahal Syaitan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka.

mereka (yang tertipu) itu tempatnya di neraka Jahanam dan mereka tidak akan mendapat tempat (lain untuk) lari darinya"

(An-nisa : 120-121)
8

~Whatever U Think, Think The Opposite~




~"WHATEVER U THINK, THINK THE OPPOSITE"~


::


Si Anak bertanya

Wahai Ibu, Mengapa Hidup ini sangat Derita?
Mengapa Belajar sangat Menyusahkan?
Mengapa Kita seringkali Kecewa dan Hampa?
Apakah Allah mengabaikan kita?

Si Ibu Menjawab

Ya, Hidup ni memang susah, ketika belajar, Stress datang, Ketika Gembira, Kecewa datang, Ketika Lapang, Kesesakan datang
sehinggakan kita selalu terfikir :

"KALAULAH AKU NI GENIUS, TAK PERLULAH SUSAH-SUSAH STUDY"

"KALAULAH AKU AMBIL COURSE YANG SENANG, TAK PAYAHLAH AKU PECAH KEPALA SEKARANG"

"KALAULAH AKU BUAT BEGITU, TENTU TAK AKAN JADI BEGINI"

Kita selalu mengadu bahawa ujian KESUSAHAN ini sangat Berat

Si Anak Berkata

Betul, kenapa Allah tidak bagi Kesenangan saja kepada kita? bukankah kita ni Muslim? Bukankah Kita sembahyang 5 waktu sehari? Kenapa Allah masih ingin menyusahkan Kita?

Si Ibu Menjawab
Ketahuilah wahai Anakku bahawa ALLAH sangat menyayangi kita dan Allah tahu yang apa yang Terbaik untuk kita.

BILA KITA DAPAT UJIAN KESUSAHAN, KETAHUILAH BAHAWA KETIKA ITU UJIAN KESENANGAN KITA TIDAK MAMPU TANGGUNG, MAKA ALLAH BERI KESUSAHAN UNTUK MEMUDAHKAN KITA

and the opposite

Si Anak Kebingungan

Si Ibu Berkata

CONTOHNYA
Jika ketika itu kita sukar menjawab soalan... JANGANLAH MENGADU
kerana ketika itu jika kita mudah menjawab soalan... mungkin perkara yang buruk akan terjadi, mungkin kita akan BONGKAK, RIAK, TIDAK BERSYUKUR dan hati kita tidak mampu menanggung penyakit-penyakit itu maka Allah beri kesusahan kepada kita supaya kita terelak daripada Dosa dan kita sentiasa Ingat dan Bergantung KepadaNya

CONTOHNYA
Jika ketika itu kita baca tetapi susah untuk ingat... JANGANLAH MENGADU
Kerana ketika itu jika kita mudah ingat... mungkin Ujian yang lebih berat akan menimpa, mungkin kita akan rasa MALAS, nak study LAST MINUTE sebab kita rasa hebat, maka Allah beri kesusahan kepada kita supaya kita lebih kuat berusaha dan mulakan study awal

CONTOHNYA
Jika ketika itu kita merasa Hampa... JANGANLAH MENGADU
kerana ketika itu jika kita Gembira ... mungkin perkara yang lebih teruk akan berlaku, mungkin kita akan lalai dan melupakan Allah kerana ingatkan KESERONOKAN DUNIA
dan jika ketika itu Nyawa kita ditarik, nescaya kita Mati dengan keadaan Lupa kepada Pencipta

"Setiap yang bernyawa akan merasakan Mati. Kami akan menguji kamu dengan KEBAIKAN dan KEBURUKAN sebagai COBAAN, dan kamu dikembalikan hanya kepada Kami"
(Al-Anbiya : 35)

menunjukkan ujian ni bukan sahaja datang dalam bentuk Kesusahan tapi juga Kesenangan,
tapi kita juga perlu ingat!

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan KESANGGUPANNYA"
(Al-Baqarah : 286)

Menunjukkan KESUSAHAN-KESUSAHAN yang kita hadapi adalah ringan berbanding jikalau Allah meletakkan KESENANGAN ketika itu

"....tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"
(Al-baqarah: 216)

Ketahuilah jika kita merasa Derita, Kesenangan ketika itu akan lebih MENYUSAHKAN

Ketahuilah jika kita merasa Sesak, Kelapangan ketika itu akan lebih MEMUDARATKAN

Ketahuilah jika kita merasa Kecewa, Kegembiraan ketika itu akan lebih MERBAHAYAKAN

And the Opposite...


Maka Bersyukurlah dengan ketetapan Allah
kerana Allah sentiasa berikan apa yang Terbaik kepada kita,
kerana setiap yang terjadi adalah pengajaran supaya kita boleh memperbaiki diri kita
kerana setiap KESUSAHAN DAN KESENANGAN adalah ujian untuk manusia
supaya kita dapat menggapai Syurga dan jauh dari Neraka

..Sekiranya kita faham

"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) seperti (yang dialami) orang-orang terdahulu sebelum kamu.
mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang(dengan pelbagai cobaan), sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "adakah akan datang pertolongan Allah?"
Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat
(Al-Baqarah : 214)
 
Copyright © Langit Berada Dibawah