5

~Keindahan Dunia Islam

~Keindahan Dunia Islam ~

::

Video made in Intec few years back for Maulidurrasul video competition

1

~Jack and The Beanstalk~


~ Jack and The Beanstalk~


::


Tersebutlah Alkisah.. Seorang anak dengan Ibunya
Harta Tiada, Kuasa Tiada, Papa kedana

suatu hari Bersuaralah Raja mereka
"Wahai penduduk kampung, bawalah ternakan kamu
nescaya aku akan membeli ternakan terbaik dari kamu dengan harga yang lumayan
dimana tidak akan kamu lapar lagi seumur hidup kamu
dan akan aku berikan kerja di istanaku"

mendengar ini maka berpusu-pusulah penduduk kampung
mengejar kekayaan dan kuasa

berkata Si Ibu kepada Anaknya
"Ambillah Lembu ni, semoga raja menerimanya"

Maka Si Anak pun mula lah perjalanannya menuju istana
dilihatnya ramai pemuda2 berkejar-kejaran
berebut-rebutan
Ada yang pukul memukul
tikam-menikam
mabuk harta, mabuk kuasa

Di persimpangan beliau tersilap mengambil jalan
tujulah si Anak ke arah bertentangan
maka terserempaklah dia dengan Seorang tua

"Adakah kamu ingin menjual Lembu tu kepada raja?"
tanya Si Tua

"Hanyalah Lembu ni lah harapan kami untuk hidup selesa"
Jawab Si anak

"Pernahkah terdengar kisah "Jack and the Beanstalk?"
tanya Si Tua

"Helllo~ Of course la~ cerita famous kowt, pasal Jack yang panjat pokok ajaib dan dapat harta dari gergasi dari atas langit kan?"
Jawab Si Anak

"Juallah aku Lembu itu kepadaku dan aku akan berikan kamu 2 Benih ajaib ni"
Tawar Si Tua

"err.. ko gila ek? ko ingat dengan 2 biji benih tu kitorang leh jadi kaya ke?"
Jawab Si anak

"Malah lebih kaya dari si Raja"
berkata Si Tua

Termakan dengan kata-kata Si Tua
maka Si Anak pun pulang
dengan hati yg tidak tenang
2 Biji Benih di tangannya

rakan-rakannya tergelak ketawa
mengatakan Si Anak sudah gila
habislah peluang dia
untuk hidup selesa

"Apakah ini Anakku?"
Tanya Si Ibu

"er..er... ni 2 benih ajaib, saya tukar dengan lembu kita.. minta maaf ibu.. harapan kita untuk hidup mewah sudah saya tukar dengan 2 yg sia-sia ni"
Jawab Si Anak, Ketakutan

"owh.. Janganlah sedih Anakku.. benih ini tidak sia-sia
maka tanamlah 2 Benih ni di luar rumah kita"
Jawab Si Ibu

Maka Tanamlah Si Anak biji benih tu
dengan hati yang yakin
tidak peduli akan ejekan
akan kutukan

keesokan hari
terkejutlah mereka
2 Biji Benih
menjadi Pokok gergasi
menjalar dari bumi
menuju ke Langit

panjatlah Si Anak
menuju ke tempat Si Jack lalui
membawa pulang Emas dan Permata
Tak terkira nilainya

Betullah Kata Si Tua
Kini Si Anak dan ibunya
menjadi Orang Kaya
mengalahkan rakan-rakannya
mengalahkan Si Raja

~And so, They Live happily ever after~


FOREVER

"Wahai Orang yang beriman! mahukah kamu aku tunjukkan suatu PERDAGANGAN yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?
(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad dijalan Allah dengan HARTA dan Jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui"
(surah 61:10-11)

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang Mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka..."
(Surah 9:111)



4

~Sahabatku Si Tanggang~


~Sahabatku si Tanggang~

::

Dulu kau seorang manusia
seorang ternama, seluruh nusantara
kini kau hanyalah batu

Dulu kau seorang Saudagar,
seorang kaya, ilmu di dada
kini kau hanyalah batu

Si Anak bertanya:
adakah sebab dia derhaka kepada ibunya?

Tidak, lebih daripada tu.

Si Anak bertanya:
adakah sebab die lupa asal-usulnya?

Tidak, Lebih daripada tu

Dulu dia Berlayar,
ke Dunia luar,
menimba ilmu, mencari harta

Dulu die Berlayar,
berjumpa manusia,
lupa tujuan, janji kepadanya

Si anak bertanya:
tujuan dia membawa harta pulang ke?

Tidak, Lebih daripada tu

Si Anak bertanya:
tujuan dia membawa ilmu pulang ke?

Tidak, Lebih daripada tu

Kini Tanggang pulang,
ilmu di dada, harta di disarungnya
"Akulah Tanggang"
orang yang hebat dan berwibawa

dia menjawab..
aku melahirkan kau ke atas muka bumi,
lupakah kamu akan janji dulu?

"Akulah Tanggang"
Orang kaya dan Bijaksana

dia menjawab..
itu semua tiada guna,
aku hanya mahu kamu,
bukannya harta mahupun ilmu.

"Akulah Tanggang"
apakah janjiku dahulu?

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri,: Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka menjawab: Benar, kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari Kiamat kelak: Sesungguhnya kami orang yang lalai tentang (hakikat tauhid) ini” el A’raf (7:172)

iya, dialah Tanggang,
seorang terkemuka dan saksama
tapi dia terlupa
akan Janjinya
dia terlupa
akan Tugasnya

Kerana dia lupa,
jadilah dia seperti batu,
dia bersuara berkali-kali,
tiada yang peduli,
dia merayu-rayu,
tiada yang mengambil tahu

Jadilah dia batu,
yang hina dan sayu

Dialah Si Tanggang,
Dulu dia seorang Perkasa
kini Dia Batu


"Sesungguhnya orang-orang yang memperjualbelikan janji Allah dan Sumpah-sumpah mereka dengan harga murah, mereka itu tidak akan memperoleh bagian di akhirat, Allah tidak akan MENYAPA mereka, tidak akan MEMERHATIKAN mereka pada hari kiamat, dan tidak akan menyucikan mereka. Bagi mereka azab yang pedih" (surah 3:77)


3

~The Ugly Duckling~


~The Ugly Duckling~

::

Ada seorang budak bertanya kepada ibunya..
"ibu, kenapa angsa lain benci ugly duckling ni?"

Ibunya jawab..
"sebab itik tu lain dari lain, pelik dan asing"

Ibunya sambung..
"itik ni pelik sebab dia tak secantik angsa, nampak anggun, suci dan memikat mata orang yang melihat. sebab tu ramai budak2 perempuan suka dengan angsa,
kalo dekat taman2 pun, ramai orang kasi roti2 dekat angsa,
buat ape nak kasi kat itik? dah la huduh, bunyi bising
bila angsa datang, sume kamera mengalih lensa kat mereka.
merekalah celebriti kolam tu"

Anaknya balas..
"ooo.. kalo camtu xnak ar jadi macam ugly duckling tu, nak jadi macam angsa, ramai kawan, tak dipulaukan, happening, mainstream lak tu"

Ibunya jawab..
"tetapi jadilah ugly duckling"

Anaknya balas..
"haa? taknak la, buat ape nak hidup disisihkan? susah kot nak hidup, hidup dah la hanya sekali,
enjoy habis2an la. ibu pon nak tgk saya berjaya kan? dapat keje best, gaji besar, sume orang pandang tinggi kat kita, menjadi celebriti kepada semuaorang, barulah hidup berbaloi, oh yeah!"

Ibunya ulang..
"jadilah ugly duckling"

Anaknya pelik..
"gile ape mak aku ni? lupa makan ubat kot?"
katanya dalam hati

Ibunya berkata lagi..
"iye, angsa ni cantik.. ramai kawan, tak asing, hebat, tapi kenapa Buku cerita ni namanya
'The Ugly Duckling'?
menunjukkan betapa tak pentingnya angsa tu
betapa happynya hidup angsa tu.. orang tak kisah pon
betapa enjoynya angsa tu.. orang tak kisah pon
tetapi Itik yang sengsara tu.. orang menghargai kisah hidupnya"

Berkata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam: “Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim

*kisah ni xkene mengene dengan sang ugly duckling yang original


1

~Duniaku Mudah Pecah~



~Duniaku Mudah Pecah~

::

Orang kata.. kite ni Juara
dulu kita berlumba,
dengan jutaan saudara,
mengejar tujuan yang sama,
untuk menjadi manusia,
iya, kita ni Juara,

orang kata... kita ni Juara
dulu kita berlumba,
dengan jutaan manusia,
mengejar tujuan yang sama,
untuk berjaya, untuk menjadi kaya,
iya, kita ni Juara.

Kita pula bertanya.. Apa tu Juara?
adakah berada diatas pemandangan Manusia?
atau berada dibawah naunganNya?

Ape tu Juara?
adakah menjadi Manusia paling kehadapan,
dari segi fesyen, gaya dan isu semasa?
atau dibelakang, menolak, menahan Manusia
dari jurang kemurkaanNya?

Apa tu Juara?
adakah menjadi Manusia paling bebas dan bahagia?
atau menjadi Hamba yang diredhaiNya?

Apa tu Juara?
adakah dapat menggenggam Dunia?
atau mencapai arasyNya?

Orang kata.. Dunia ni sementara
kita lahir, makan, cari duit, berak lalu meninggal dunia
makan-makan, diebetes tiba
jalan-jalan, Bas terbabas menyapa
duduk dirumah, mak bersuara
"woi, g kemas bilik tu!!!"
terkejut, jantung berhenti tiba-tiba
iya, Dunia memang sementara

Duniaku mudah pecah,
bagaikan buih berterbangan,
kecil dan lemah,
bila pecah ~hilanglah ia,
bila pecah ~dilupailah ia
maka isilah ia,
dengan asap-asap warna,
bia pecah,
tepulah udara
supaya manusia dapat melihat
kepulan asap-asap yg memikat mata,

Inilah tanggungjawab kita,
sebelum buih pecah,
pikatlah manusia
dengan warna
kerana orang kata..
Kita ni Juara..
Iya, Kita ni Juara..
tapi sampai Bila?
Dunia ini sementara
maka bangkitlah
ini bukan tempat berkelah
kerna Dunia mudah Pecah.

0

~ The Light ~


~The Light~

::

Earth shines, but the sky enchants,

The earth rises

Hoping, craving

The sky enchants

Skyscrapers, towers, rockets

Pointing to the sky

Reaching the azure

But it comes to naught

The sky enchants

Man were muddled

Women are confused

The sky lights

Blinding, captivating

But they refuse

he offers the light

But they refuse

he gives the lights

But they refuse

Now Its blackout

Eclipsed

The earth is dark

Blackout, eclipsed

Only Now they stare

The sky enchant

They ask for lights

Lantern, torchlight

Or anything that shines

Now, he refuses

They cried, they beg

Offer money, in cash

Now, he refuses

They weep, they beg

With all their might

They wail, they beg

In an awful sight

he spoke

they blithe

in a gleeful spirit

‘take it, your lights’

They smile, they grin

With no regret

Hoping, craving

They turn and see

The sky enchants

The light shines

But it scorches

The light shines

But it burns

They frown, they sad

Remorse and regret…

0

Bujang Trip II




Penjajahan telah berlaku,

Penyebaran Bujangisme di Selatan negara

Bujang Trip II movie

0

video telekom


last minute video montage for telekom malaysia

- majlis perpisahan Dato' Abdul Aziz Abu Bakar-

 
Copyright © Langit Berada Dibawah